Rabu, 17 Jun 2009

Assalamu-alaikum

Sembahyang adalah satu daripada Rukun Islam. Sebagai seorang Muslim, wajib menunaikannya. Namun, jika kita melakukannya hanya berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang kita pelajari ketika di bangku sekolah, belum tentu dijamin sah-batalnya sembahyang kita. Ini saya sedari sendiri. Saya tidak menyangka apa yang kita belajar di bangku sekolah dahulu masih banyak kelemahan dan kekurangannya. Atau mungkin kelalaian kita memahami pengajaran guru, maka terdapat kesilapan malah kesalahan dalam melakukan sembahyang.
Jika ada antara kita yang melakukan sembahyang hanya dengan ikut-ikut, saya menyeru agari dalamilah dengan menuntut. Saya pasti anda akan terkejut besar betapa banyak lagi perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang, telah kita amalkan selama ini. Maaf.
Kita selalu diingatkan agar menuntut ilmu selagi ada hayat kita. Memang tidak boleh menafikannya. Saya sendiri tidak menyangka, bahawa sembahyang kita harus disemak dari semasa ke semasa, kerana memang banyak perkara lagi yang perlu dimuhasabah. Perkara-perkara yang kita rasa selama ini betul, juga harus dikaji semula dengan menuntut ilmu.
Sejak saya terpanggil untuk menyemak semula sembahyang kita, saya cuba membaca dari buku dan kitab. Catatan dalam laman blog saya ini adalah hasil dari bacaan Kitab Sabilul-muhtadin, karangan Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Terasa benar banyak perkara yang telah tersilap dalam sembahyang kita, dari perkara-perkara rukun, apa lagi yang sunat dan makruh.
Saya simpan catatan ini di sini, bagi memudahkan saya menyemak kembali jika perlu. Di samping itu, adalah menjadi niat saya agar dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan. Bagaimanapun, saya mengalu-alukan komen dari anda sekalian, bagi membaiki lagi catatan yang saya ada. Komen-komen yang saya fikir dapat diterbitkan pada halaman khas, akan saya lakukan, sebagai penghargaan penulis (dengan izin ye).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan